Friday 2 September 2016

Perbuatan Isteri Aku Terbongkar Selepas Aku Tunggu Di Tempat Kerja Dia


Perbuatan Isteri Aku Terbongkar
Kisah aku sebagai seorang suami yang mempunyai tiga orang cahaya mata, yang sulung lelaki berusia lima tahun, dua orang perempuan berusia tiga dan satu tahun, kebiasanya kita dengar suami yang berlaku curang tapi kisah aku ini sebaliknya, bini aku curang di belakang aku.

Kisah ini bermula ketika bini aku mula berkerja, sebelum kerja bini aku suri rumah sepenuh masa jaga anak-anak di rumah tapi satu hari bini aku menyatakan hasrat untuk berkerja alasannya nak tolong aku menambahkan pendapatan dan sambil itu dia nak ada duit poket sendiri.

Tiap-tiap bulan aku tak pernah miss bagi dia duit belanja rm300 tak masuk barang dapur, barang dapur aku beli guna duit lain. Mula-mula aku keberatan untuk bagi dia kerja dan suruh jaga anak-anak saja dekat rumah tapi dia tetap berkeras untuk berkerja jadi nak tak nak aku bagi juga la dia kerja.

Bini aku kerja dekat sebuah kilang electronic, aku pula kerja sebagai TNB. Anak-anak kita orang hantar dekat pengasuh, bini aku berkerja shift, jadi tiap-tiap hari aku yang hantar dan ambilkan anak-anak dekat rumah pengasuh.

Time bini aku shift malam akulah yang jaga anak-anak dekat rumah mandikan dia orang buatkan susu dan suapkan dia orang makan, bak kata semua akulah yang buat, time shift pagi pula bini aku masuk kerja jam 7 pagi balik pukul 6 petang. Anak-anak aku juga yang ambilkan sebab kadang-kadang pukul 4 petang aku dah balik kerja.

Bini aku pergi kerje guna bas transport dari kilang itu jadi kadang aku yang masak untuk dia orang dekat rumah. Bini aku balik kerja makan, mandi lepas itu terus tidur, alasannya penat kerja jadi aku tak kisah sangatlah sebab mungkin dia betul-betul penat kerje, kadang-kadang tak sempat masak aku beli saja lauk dekat kedai.

So aku pendekkan cerita, bini aku semenjak dah kerja lain macam saja perangai dia tak macam dulu lagi, asyik duduk menghadap handphone saja tak pernah nak layan aku dengan anak tapi bila aku tanya dia cakap group whatsapp dekat tempat kerja.

Aku tengok juga apa yang di mesejkan itu tapi tiba-tiba bini aku bangun pura-pura sakit perut nak ke toilet, handphone di bawanya masuk ke toilet, aku betul-betul terkilan dan sakit hati pun ada.

Sejak dari situ aku dah mula syak bini aku smpai satu masa itu bini aku cakap ada OT kerja dekat kilang dia dan kalau tak silap aku hari itu merupakan public holiday sebab aku pun cuti hari itu tak berkerja tapi dah bini aku cakap OT tak apalah aku bagi saja tanpa syak apa-apa namun begitu sebelum dia pergi kerje aku sempat pesan balik kerja petang nanti aku ambilkan.

Petang itu sebelum ambil bini aku balik kerja aku bawa anak-anak makan dekat kedai, aku ada terserempak dengan kawan bini aku, laki dengan anak dia pun ada sama. dia orang pun tengah makan juga time itu.

Kita orang kenal pun masa pergi rumah dia time buat birthday anak dia, dia ini kerja satu tempat dengan bini aku, dia tegur makan dengan anak-anak saja ke bini aku mana tak datang ke, lepas itu aku cakaplah bini aku kerja OT hari ini, dia macam terkejut lepas itu dia ketawa hari ini off day mana ada OT kilang pun tutup.

Time itu juga aku tersentap. Macam-macam datang dalam fikiran aku jadi lantas aku pergi tempat kerja bini nak kan kepastian, ya memang betul-betul tutup tak ada seorang pun kerja.

Aku tunggu bini aku dekat kilang itu sebab aku dah janji nak ambil dia balik kerja, aku sengaja parking jauh dari kilang, tiba-tiba aku nampak bini aku dalam sebuah kereta honda dengan seorang lelaki.

Ya Allah betapa luruh jantung aku ketika itu, hampir tak percaya apa yang aku lihat, tergamak bini aku curang di belakang aku dan menipu aku hidup-hidup.

Aku tak sangka bini aku yang dulu seorang yang setia tak pernah sakitkan hati aku layan aku dengan baik, jaga makan dan minum aku tergamak buat macam itu dekat aku, aku terasa macam sesuatu yang berat menghempap atas kepala aku time itu dan tanpa sedar jatuh juga air mata jantan aku yang selama ini aku tahan, berat sungguh dugaan yang menimpa aku dan aku betul-betul lemah saat ini.

Apa yang perlu aku lakukan, tolong bagi pandangan please, saat ini bini aku tak tahu yang aku sudah mengetahui pasal kecurangan dia, aku pergi tenangkan fikiran sebab aku tak boleh tengok wajah bini aku sekarang, aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk saja muka dia.

Aku bagi tahu dekat dia aku ada kursus seminggu dekat Perak dan aku cuma fikirkan anak-anak yang tengah membesar sekarang, dia orang perlukan kasih sayang ibubpa sebab itu aku tak nak buat keputusan terburu-buru.-Kisah Rumah Tangga

No comments:

Post a Comment